Negeri Kaya, hari-hari hujan tetapi tiada air

0
681


APA Khabar Orang Kita…Sejak semalam ramai rakan-rakan menetap di tujuh wilayah di Lembah Klang yang terkesan dengan masalah gangguan bekalan air mengeluh panjang.


Masalah tiada bekalan air  â€˜jangan dibuat main’ kerana segala agenda dan perancangan harian terjejas kerana keperluan asas berkenaan amat penting dalam setiap urusan.


Orang kata, boleh buat ‘gaduh’, serba tidak kena jika tiada air. Jadi, diharap semua yang terlibat iaitu dianggarkan 1.2 juta akaun di tujuh kawasan berkenaan banyakkan bersabar.


Ada antara rakan penulis yang ditimpa masalah ini berseloroh ‘negeri kaya, hari-hari hujan tetapi tiada air’. Betul la apa yang dicakap…nampaknya minggu ini air mineral di kedai ‘laku keras’.


Namun ada juga yag bertindak bijak, menumpang dirumah saudara atau menempah bilik hotel di kawasan yang ada bekalan air, itu pun hanya yang berkemampuan sahaja dapat lakukan.


Bagaimana dengan yang lain?, nampaknya terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air dan menunggu bantuan daripada pihak bertangungjawap menghantar air tangki.


Tujuh wilayah yang terlibat dengan gangguan bekelan air itu ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.


Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimu Kamaralzaman hari ini berkata, masalah itu dijangka akan berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi.


Ia berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap bacaan 0 TON dalam masa tiga kali berturut-turut.


Semalam, sebanyak 1,292 kawasan tujuh wilayah itu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 10 pagi berikutan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas disebabkan berlaku pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian, dilaporkan berkata, siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang menjadi punca pencemaran itu.

Tindakan segera yang diambil ialah dengan menyita kilang berkenaan namun, yang memeranjatkan ialah kilang berkenaan sebenarnya pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama sebelum ini tetapi masih mengulanginya lagi.

Jadi dalam hal ini, nampaknya perlu ada tindakan drastik untuk mengelak daripada perkara ini berterusan pada masa hadapan, jumlah denda yang dikenakan kepada pemilik kilang perlu ditingkatkan.

Tidak cukup dengan itu, mungkin hukuman penjara juga boleh dikenakan. Ini bagi menjamin kesejahteraan pengguna dan masyarakat setempat. Jika boleh kita tidak mahu lagi berdepan dengan masalah bekalan air pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here