Olimpik Tokyo tetap dianjurkan 2021

0
131

CYBERJAYA- Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan sebelum ini akan tetap dijalankan tahun hadapan meskipun diselubungi pandemik Covid-19.

Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates menyifatkan temasya itu lebih besar daripada virus yang sedang menular.

Coates berkata, Sukan Olimpik tidak pernah dibatalkan selain disebabkan perang dunia.

“Temasya itu akan tetap diteruskan dengan pihak penganjur akan menetapkan semula tarikh penganjuran.

“Ia tetap akan berlangsung dengan atau tanpa Covid-19. Sukan ini akan bermula pada 23 Julai tahun hadapan.

“Sukan ini akan mengikut tema mereka, Pembinaan Semula Temasya selepas tragedi tsunami.

“Sekarang ini lebih kepada bertemakan Sukan Menguasai Covid-19, cahaya di hujung terowong,” katanya seperti dilaporkan AFP.

Sebelum ini, Tokyo 2020 ditunda kerana penularan pandemik Covid-19 dan kini dijadualkan berlangsung pada 23 Julai 2021.

Bagaimanapun, sempadan antarabangsa Jepun masih ditutup kepada pelawat asing dan bayangan vaksin masih belum kelihatan.

Coates berkata, kerajaan Jepun masih belum menyerah kalah walaupun terpaksa menunda penganjuran temasya sukan berprestij itu selama setahun.

“Sebelum Covid-19, Presiden IOC, Thomas Bach berkata, persediaan yang dilakukan Jepun adalah yang terbaik dengan kebanyakan venue sudah siap sepenuhnya, perkampungan sukan yang hebat dan pengangkutan awam yang efisyen.

“Sekarang ini ia tertangguh selama setahun, mereka berdepan tugasan untuk mengesahkan semula kesemua venue termasuk 43 hotel yang sudah tamat kontrak dan perlu perbincangan semula bagi kontrak baharu.

“Selain itu, penajaan dan hak penyiaran juga akan ditangguh selama setahun,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here