Op Daulat: Polis Sabah akan panggil Mohamaddin Ketapi

0
267
Mohamaddin Ketapi

KOTA KINABALU – POlis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan memanggil Datuk Mohamaddin Ketapi bagi menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu yang didakwa menghina pengorbanan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Tanduo, Sabah. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, siasatan terhadap perkara itu akan dijalankan dan pihaknya telah menerima 35 laporan polis terhadap calon Parti Warisan Sabah (Warisan) itu.

“Unit siasatan Bukit Aman akan ambil alih bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 dan 505b Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan melakukan siasatan secara profesional dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Mohamaddin dalam video tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu baru-baru ini mendakwa pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanyalah sandiwara seperti peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Selain itu, Hazani menjelaskan, pihaknya akan memanggil Mohamaddin bagi dirakam percakapan dalam waktu terdekat.

“Sebolehnya, saya cuba nak buat (rakam percakapan) selepas PRN supaya tidak ganggu proses kempen dan juga PRN itu sendiri,” katanya.

Mohamaddin yang juga bekas menteri pelancongan seni dan budaya bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya mengatakan kenyataan beliau telah diputar-belit atas tujuan politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here