Operasi feri ke Langkawi dari Jeti Kuala Kedah dihentikan sementara

0
424

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan feri dua hala yang menghubungkan Jeti Penumpang Kuala Kedah ke Terminal Penumpang Kuah, Langkawi dihentikan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara perkhidmatan selama 14 hari bermula semalam hingga 25 September itu selaras dengan PKPD pentadbiran yang dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.

“Sehubungan itu, para penumpang feri yang ingin ke Terminal Penumpang Kuah, Langkawi hendaklah menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, Jabatan Laut Malaysia menjangkakan jumlah pengguna feri di Terminal Feri Kuala Perlis meningkat secara mendadak dalam tempoh dua minggi ini.

Jabatan Laut Malaysia menasihatkan orang ramai merujuk jadual pergerakan feri melalui laman http://time.langkawiferryline.com untuk mengelakkan kesesakan di terminal feri.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaaan boleh diajukan kepada pegawai bertugas di Pejabat Laut Kuala Perlis, Khairul Azhar di talian 04-985 4160/ 019-589 6881 atau mana mana operator feri yang berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here