Pas kekal sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

0
123
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Semua ahli Parlimen Pas kekal memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah di sisi Perlembagaan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pada masa sama, Pas juga akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

“Pas mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha kerajaan PN menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mempunyai jumlah ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun Muhyiddin menegaskan beliau masih Perdana Menteri yang sah dan kerajaan PN masih stabil.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here