Pelakon veteran, Idris Mat Diah meninggal dunia

0
391
Allahyarham Idris Mat Diah

CYBERJAYA – Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang terkenal dengan watak bapa dan datuk dalam beberapa siri drama tempatan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, berita sedih itu disampaikan oleh anak arwah, Alia yang menyedari ayahnya tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi. 

“Mereka menghubungi pihak ambulans dan kemudian pihak ambulans mengesahkan ayahnya meninggal dunia jam 2.30 pagi. 

“Alia memaklum dua tiga hari ini arwah tidak mempunyai selera makan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hafiz, jenazah allahyarham akan dibawa dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong.

Katanya, jenazah tersebut kemudiannya akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.

“Anak arwah memaklumkan jika arwah ada berhutang pada sesiapa beliau memohon agar menghubungi pihak waris bagi membincangkan berkenaan perkara tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata, pihak Seniman turut mengucapkan takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Allah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here