Pembangunan Raudhah City Skyville berpindah ke sebelah Malakat Mall

0
399

CYBERJAYA – Kediaman bertingkat Raudhah City Skyville yang merupakan sebahagian daripada projek Raudhah City milik Kumpulan Brainy Bunch akan dibangunkan bersebelahan dengan pusat beli belah Malakat Mall, Cyberjaya di sini.

Pengasas Raudhah City, Brainy Bunch dan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hasim berkata, pembangunan apartment yang dipindahkan dari Jalan GC 1, Glomac dekat sini adalah satu lagi projek pembangunan pusat komuniti Islam Raudhah City.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat tawaran pembelian ‘Hak Pembangunan’  bagi membina projek pembangunan bercampur yang akan dibina bersambung dengan Malakat Mall.

“InsyaAllah Projek Raudhah City akan berpindah ke Malakat Mall Cyberjaya! Kita merancang, Allah juga merancang! Dan Dialah sebaik-baik perancang!

“Raudhah City Sky Village akan dibina bersambung dengan Malakat Mall InShaAllah! Ciri utama Komuniti Raudhah City adalah ‘mencintai sesama untuk kejayaan dunia dan akhirat’,’’ katanya dalam hantaran Facebooknya.

Mohd. Fadzil berkata, pembangunan projek itu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh kumpulan perniagaan Brainy Bunch bagi memastikan konsep kediaman komuniti patuh syariah itu dapat menjadi kenyataan.

“Projek ini adalah milik penuh kami sendiri dan bukan dengan kerjasama syarikat lain. Agak sukar untuk pemaju lain memahami perjuangan Raudhah City. 

“Saya dan keluarga besar Brainy Bunch akan berhijrah ke sini InsyaAllah. Ini adalah Madinah kami! Pasar Islam ‘Malakat Mall’ sudah siap! Alhamdulillah,’’ katanya.

Raudhah City Skyville yang dikelilingi pelbagai kemudahan seperti masjid, lot komersial, institusi pengajian tinggi, taman rekreasi dan pusat beli belah Malakat ditawarkan pada harga bawah RM500,000 seunit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here