Pembela gesa hentikan penjualan 14 syarikat subsidiari milik TH Plantation

0
366
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan TH Plantation Berhad (THP) membatalkan cadangan penjualan 14 buah syarikat subsidiarinya bagi melindungi pemilikan harta umat Islam.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, berdasarkan sumber yang dipercayai, terdapat elemen-elemen ketidaktelusan dalam proses penjualan tersebut.

“Termasuk dalam 14 anak syarikat ini ialah dua anak syarikat bernama Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW) yang dicadangkan untuk dijual kepada sebuah syarikat bukan milik Bumiputera dengan harga serendah RM170 juta sahaja.

“Sedangkan nilai sebenar adalah berkali ganda daripada jumlah ini. Difahamkan juga, kertas cadangan penjualan ini sudah diserahkan kepada EPU untuk kelulusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam sidang Dewan Rakyat yang lalu, pihak pengurusan THP bercadang untuk menjual 14 buah syarikat subsidiarinya yang memiliki tanah ladang kelapa sawit seluas 76,966 hektar.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pihaknya merasakan isu itu sangat serius kerana melibatkan harta umat Islam dan perlu tindakan yang tuntas dan tegas.

Sehubungan itu, katanya, Pembela menggesa Menteri Hal Ehwal Agama menyiasat isu yang dibangkitkan itu dan jika sekiranya terbukti benar, maka pengurusan THP mestilah bertanggungjawab dan meletak jawatan

Pada masa sama, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat proses penjualan ini dan mengambil tindakan jika terdapat berlaku salahguna kuasa oleh pihak pengurusan atau lembaga pengarah,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here