Pencemaran Sungai Gong: Agensi penguat kuasa tak terlepas disiasat SPRM

0
291
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong, Rawang, Selangor yang telah menyebabkan lebih lima juta pengguna terputus bekalan air di Lembah Klang.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, siasatan tersebut juga akan meneliti sekiranya terdapat unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.

“SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak minggu lalu, tujuh kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berpunca daripada sebuah kilang menyelenggara jentera yang terletak di Rawang.

Sehingga ke hari ini, masih terdapat kawasan yang masih belum mendapat bekalan air sepenuhnya sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Lebih mendatangkan kemarahan banyak pihak apabila Majlis Perbandaran Selayang mendedahkan kilang itu beroperasi secara haram sejak enam tahun lalu dan pernah dikompaun pada Mac lalu kerana beroperasi tanpa lesen.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here