Pengiktirafan Israel : Palestin panggil balik duta di Bahrain

0
362

CYBERJAYA – Palestin memanggil balik Duta Besarnya ke Bahrain selepas kerajaan negara di Teluk Parsi itu mengumumkan keputusan memulihkan semula hubungan dengan negara haram, Israel.

Tindakan terbaharu yang ‘dibroker’ oleh Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai satu lagi pengiktirafan ke atas kerajaan Israel oleh negara Islam selepas pengiktirafan oleh Mesir pada 1979, Jordan (1994) dan Emeriah Arab Bersatu (2020) .

Memetik laporan Agensi Anadolu, Menteri Luar, Riyad Al-Malik dikatakan telah memanggil balik Duta Besar di Manama untuk berunding dan berbincang mengenai perkara itu.

Bahrain pada Jumaat lalu mencapai kata sepakat untuk ‘berbaik semula’ dengan Israel melalui perjanjian yang dimuktamad oleh Raja Bahrain Hamad Isa Al-Khalifa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Persetujuan perjanjian melibatkan Israel-AS-Bahrain itu turut dikongsi oleh AS, Donald Trump melalui akaun Twitternya.

“Bahrain menerima pelawaan Trump untuk ke Rumah Putih di mana Netanyahu dan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif Al Zayani akan menandatangani deklarasi perdamaian.” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, penasihat Raja Bahrain, Khalid bin Ahmed, menuyifatkan perjanjian itu sebagai usaha “demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau berkenaan”.

Penasihat Raja Bahrain, Khalid bin Ahmed, berkata di Twitter perjanjian itu “demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau berkenaan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here