Pengurusan masjid perlu kreatif dalam bina kekuatan ekonomi

0
260
MOHD. AJIB

CYBERJAYA – Pengurusan masjid di wilayah Persekutuan mampu untuk mengorak langkah ke hadapan dan berdiri sendiri dengan kekuatan ekonomi jika mereka dapat memahami mesej penganjuran Kembara Merdeka JAWI 2020.

Demikian kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd. Ajib Ismail ketika ditemui selepas tamat kembara tersebut di Malakat Mall, petang semalam.

Beliau merupakan salah seorang daripada 60 peserta kembara tersebut yang berkonvoi dan singgah di beberapa buah masjid dalam Wilayah Persekutuan.

Program satu hari ini lahir daripada idea Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan tujuan utamanya untuk mengimarahkan masjid di bawah selenggaraan JAWI.

“Antara pengisian yang kita adakan termasuk program ihya’ subuh, sesi tazkirah, dan juga sesi membantu asnaf,” tambah Mohd. Ajib.

Mohd. Fadzil sewaktu sesi penerangan mengenai ekosistem Ekonomi Islam kepada peserta Kembara Merdeka JAWI di Malakat Mall, semalam. – MALAKAT TRIBUNE

Malakat Mall menjadi tempat terakhir persinggahan konvoi ini, di mana para peserta turut menerima penerangan mengenai ekosistem Ekonomi Islam oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

“(Malakat Mall dipilih) sebagai satu mesej kepada semua bahawa pihak pengurusan masjid perlu memikirkan bagaimana untuk membina ekonomi di peringkat masjid.

WAN MOHAMAD

“Jadi, mereka perlu berfikir di luar kotak, antaranya, membina jalinan dengan rakan strategik yang kemudiannya boleh membantu mereka untuk melaksanakan semua program dan aktiviti berkaitan dakwah dan pembinaan ekonomi,” kata beliau lagi.

Majlis penutup konvoi ini disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here