Peningkatan bilangan kes dalam kalangan petugas kesihatan membimbangkan – Dr. Noor Hisham

0
183

CYBERJAYA – Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menyuarakan kebimbangan apabila terdapat peningkatan bilangan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan awam dan swasta.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, siasatan mendapati lebih separuh daripada kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan KKM adalah berpunca daripada penularan dalam kalangan petugas kesihatan sendiri.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, 53 peratus daripada keseluruhan kes yang melibatkan petugas kesihatan adalah akibat jangkitan daripada petugas kesihatan lain,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.

Jangkitan daripada komuniti pula adalah sebanyak 22 peratus, manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status Covid-19 mereka pula adalah sebanyak 17 peratus.

“Justeru itu, adalah amat penting bagi petugas kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19 diambil pada setiap masa, terutamanya semasa bertugas.

“Penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat di tempat bertugas iaitu di kalangan rakan sekerja dan semasa pengurusan pesakit sewajarnya diamalkan sepanjang waktu bekerja. Begitu juga dengan kebersihan kawasan guna sama seperti kaunter jururawat, tempat makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan,” kata beliau lagi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here