Peserta seminar dapat kejutan hadiah naik helikopter

0
381
Mohamad Azlan (dua dari kiri) bersama sebahagian peserta Seminar Usahawan Mukmin ketika dibawa terbang dengan helikopter peribadinya.

SUNGAI BULOH – Peserta yang menghadiri program Seminar Usahawan Mukmin yang dianjurkan oleh ikon usahawan muda, Mohamad Azlan Abdullah menerima ‘hadiah istimewa’ dengan dibawa meronda sekitar kawasan di sini dengan menaiki helikopter.

Mohamad Azlan, 33, berkata, hadiah istimewa itu diberikan sebagai tanda pihaknya yang menghargai komitmen setiap peserta seminar dan sebagai pemangkin semangat untuk mereka usahawan yang berjaya.

“Hari ini saya membawa seramai 20 perintis Seminar Usahawan Mukmin yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk guru dan anggota pasukan keselamatan berusia antara 25 hingga 30 tahun menaiki helikopter.

“Saya membawa mereka menaiki helikopter hari ini sebagai pemacu semangat untuk menjadi orang berjaya dan cemerlang pada masa depan,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Peserta Seminar Usahawan Mukmin yang mendapat bimbingan secara langsung bersama jutawan hartanah, Mohamad Azlan

Mohamad Azlan berkata, menerusi seminar tersebut beliau memberi bimbingan secara langsung mengenai ilmu keusahawanan, hartanah dan kisah inspirasi mengenai dirinya yang bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya menjadi jutawan hartanah.

Mengulas lanjut, Mohamad Azlan berkata, bermula bulan hadapan, beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan Seminar Usahawan Mukmin bagi melahirkan lebih ramai usahawan mukmin.

Mohamad Azlan berkata, beliau berharap dapat melahirkan 10,000 usahawan yang berjaya dalam tempoh lima tahun.

“Bermula Oktober ini saya akan bergerak ke seluruh negara untuk memperkenalkan Seminar Usahawan Mukmin.

“Kita mahu mendidik, membimbing dan berkongsi kemahiran, kepakaran serta mencungkil bakat usahawan mukmin.

“Mereka tidak akan dikongkong berniaga bersama saya sebaliknya akan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here