Piala Thomas dan Uber 2020 ditunda

0
164

CYBERJAYA- Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk menangguhkan penganjuran kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020.

BWF dalam kenyataannta berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dan persetujuan dengan tuan rumah, Denmark. 

“BWF dan Denmark membuat keputusan yang sangat berat untuk menangguhkan Piala Thomas dan Uber 2020 di Aarhus Denmark,” katanya

Menurut BWF, keputusan itu dibuat selepas penarikan diri beberapa negara sebelum ini. 

”BWF sedang mengenal pasti tarikh baharu bagi penjadualan semula kejohanan berpasukan lelaki dan wanita dunia ini tetapi tidak lebih daripada 2021,” katanya. 

Piala Thomas dan Uber 2020 sepatutnya berlangsung pada 3 hingga 11 Oktober depan namun, beberapa negara mengambil keputusan menarik diri termasuk Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here