Pihak berkuasa Zimbabwe siasat punca kematian 12 ekor gajah muda di Hwange

0
73
Gambar hiasan

ZIMBABWE – Kematian 12 ekor gajah di Taman Negara Hwange, utara negara itu pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada jangkitan bakteria atau akibat termakan tumbuhan beracun.

Menurut kenyataan pihak berkuasa Zimbabwe, siasatan awal menolak kemungkinan kematian kumpulan gajah berkenaan disebabkan oleh sindiket pemburuan haram.

“Kami telah mengetepikan kemungkinan wujud aktiviti pemburuan haram kerana gading-gading haiwan berkenaan berada dalam keadaan tidak terusik.

“Begitu juga dengan kematian akibat keracunan sianida kerana tiada haiwan lain yang terlibat dalam kejadian itu termasuk burung hering yang memakan bangkai haiwan itu,” kata jurucakap Taman Negara Hwange.

Insiden di hutan Pandamasuwe yang terletak di antara Hwange dengan bandar Victoria Falls itu melibatkan gajah-gajah muda berusia antara 18 bulan hingga enam tahun.

Menurut taman negara itu, pentunjuk paling hampir adalah kemungkinan terdapat sejenis bakteria atau termakan tumbuhan beracun setelah kehabisan sumber makanan utama di kawasan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here