PKPD di Kota Setar tamat hari ini kecuali Rumah Pangsa Tongkang Yard

0
186
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di daerah Kota Setar, Kedah yang bermula pada 11 September lalu ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaubagaimanapun, setakat semalam penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di daerah tersebut.

Beliau berkata, kawasan paling berisiko tinggi adalah di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak.

“Seramai 94 orang penduduk di lokasi tersebut telah disaring dan sembilan daripadanya telah didapati positif Covid-19 yang melibatkan lima buah rumah.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju
bahawa PKPDP di Kota Setar ditamatkan pada ini.

“Namun melanjutkan PKPDP Secara Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard sehingga 7 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pelanjutan tempoh ini diperlukan bagi tujuan membolehkan saringan kedua dilakukan oleh pihak KKM.

Berikutan itu, katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama juga akan ditutup bermula esok sehingga 9 Oktober ini.

“Pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia akan membuat kawalan pergerakan di lokasi tersebut bagi memastikan semua penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perintah kuarantin di Rumah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here