PLUS lunas RM2.26 juta zakat kepada kerajaan negeri Johor

0
105

CYBERJAYA- PLUS Malaysia Berhad (PLUS), telah menyampaikan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM2.26 juta kepada kerajaan negeri Johor.

Penyerahan zakat itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Zakaria berkata, sejak 2013, PLUS telah melunaskan pembayaran zakat perniagaan kira-kira RM20.5 juta kepada kerajaan negeri Johor.

“PLUS telah menyumbang zakat perniagaan lebih RM98 juta sejak tujuh tahun yang lalu kepada asnaf dan para penerima yang layak.

“Sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud, ‘sebaik-baik manusia adalah kewujudannya memberi manfaat kepada orang lain’,.

“Inilah yang kami sedang usahakan secara berterusan untuk membantu komuniti ini menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik termasuk mereka yang memerlukan. 

“Sumbangan zakat perniagaan ini juga sejajar dengan matlamat utama PLUS bagi menjaga mereka dengan baik,” Katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Zakaria, komuniti tersebut terdiri daripada penerima zakat yang layak, asnaf di negeri di mana lebuh raya PLUS beroperasi.

“Ini termasuk komuniti lebuh raya yang berada dalam sekitar 30 kilometer lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here