Premis proses ayam jijik diarahkan tutup

0
546

CYBERJAYA – Sebuah premis memproses ayam hidup tanpa lesen dikompaun dan diarahkan tutup serta-merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya di Facebook berkata, arahan penutupan terhadap premis itu dikeluarkan dalam operasi bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasaan semalam.

“Premis tersebut telah diambil tindakan tutup serta merta (sealed) di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan beroperasi tanpa mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

“Operasi yang disertai oleh 22 orang anggota petugas itu bermula seawal pukul 2 pagi itu dan berakhir pada pukul 4 pagi,’’ katanya.

Sebanyak enam kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dilakukan ekoran aduan orang ramai melalui Pusat Panggilan Setempat DBKL.

Menurut kenyataan itu, premis AKN Fesh dan Frozen Trading yang beralamat di Jalan Sungai Besai Batu 2 ½ itu menggaji dua pekerja Bangladesh dan seorang warga India.

“Antara kompaun yang dikenakan adalah untuk kesalahan menggajikan pekerja tanpa permit, pekerja tidak mendapat suntikan taifoid, air buangan disalurkan terus ke longkang awam dan lantai serta dinding premis yang kotor,’’ kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here