
CYBERJAYA– Sebanyak 48 peratus pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat pukul 1 tengah hari ini.
Statistik berkenaan dipaparkan melalui laman sosial Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.
Hari ini, sebanyak 1.12 juta pengundi di Sabah bakal menentukan parti yang akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
SPR menjangkakan keputusan penuh akan diperoleh sebelum pukul 12 tengah malam ini.
PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN pada 20 Julai lalu.