[VIDEO] Restoran It’s Thai janjikan kelainan makanan autentik Thailand

0
384

BAGI… penggemar masakan Thailand, anda tidak perlu lagi merantau jauh mengunjungi negara gajah putih itu kerana Restoran It’s Thai di Malakat Mall menyajikan hidangan autentik dari negara berkenaan.

Untuk memastikan rasa hidangan yang asli dikekalkan, dapur Restoran It’s Thai dikendalikan oleh empat orang Chef yang berpengalaman luas dalam masakan autentik Thailand selain pernah menjadi tukang masak di negara itu.

Nikmati rasa sebenar Tomyam di Restoran It's Thai

Menu yang diketengahkan menggabungkan seleksi hidangan terbaik Thailand yang pastinya pengalaman mengunjungi Restoran It’s Thai akan mengingatkan pelanggan kepada rasa asli seperti berada di Thailand.

Apa yang menarik dan istimewanya di Restoran It’s Thai, boleh dikatakan kebanyakan hidangan yang ditawarkan kepada pelanggan disediakan mengikut resipi asli dari bahagian utara Thailand iaitu, Chiang Mai.

Pengurus Restroan It’s Thai, Mohd. Azrin Ismail berkata, Restoran It’s Thai dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam dan lokasinya ialah di Malakat Mall di Cyberjaya.

Beliau berkata, ketika terdapat promosi lima set hidangan makan tengahari yang ditawarkan pada hari Isnin sehingga Jumaat bermula pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3 petang pada harga RM15.90.

Mohd. Azrin berkata, lima set tersebut ialah Thai Chicken Rice, Hot Thai Basil Minced Rice Witha Rice, Tom Kha Gai With Rice, Thai Chicken Ball With Soup Noodles dan Tom Yam Seafood Spagetti.

“Semua set hidangan ini disertakan dengan minimum sirap limau selasih. Set hidangan ini mendapat sambutan yang amat baik, antara yag popular ialah  Thai Chicken Rice, Tom Yam Seafood Spagetti dan Tom Gha Kai With Rice.

“Thai Chicken Rice dimasak dengan resepi sendiri, yang istimewa sambalnya. Tom Yam Seafood Spagetti pula ialah spagetti yang digoreng beserta makanan laut segar dan Tom Gha Kai ialah tom yam putih Thailand,” katanya.

Menurut Mohd. Azrin, Restoran It’s Thai menawarkan lebih 80 hidangan dan 30 jenis minuman kepada pelanggan, namun semestinya hidangan tom yam menjadi tarikan utama dan pilihan pelanggan.

“Di sini mempunyai kombinasi rasa seimbang antara pedas, masam dan manis dengan menggunakan resepi utara, Thailand.Selain tom yam, hidangan yang mendapat permintaan tinggi ialah Thai Green Curry dan aneka masakan ikan.

“Untuk ikan, kita ada pelbagai pilihan untuk pelanggan iaitu siakap, talapia dan kerapu. Apa yang paling istimewa, untuk hari tertentu kita juga ada menyediakn ikan baung dan pelanggan boleh memilih cara masakan.

“Keenakan cita rasa masakan Thai yang sebenar dapat dinikmati di restoran ini kerana kami gunakan khidmat tukang masak berpengalaman , selain cara memasak yang masih mengekalkan keaslian masakan Thailand,” katanya.

Menurut Mohd. Azrin, restoran berkenaan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam dan mampu memuatkan sebanyak 50 pelanggan dalam satu-satu masa dan untuk kapasiti yang ramai, pelanggan boleh membuat tempahan terlebuh dahulu.

“Di sini, pelanggan juga dapar menikmati suasana hidagan ‘fine dining’ namun, tidak perlu risau kerana masuh mengekalkan kadar harga yang berpatutan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi penggemar pencuci mulut klasik Tailand, Restoran It’s Thai turut menyediakan menunwajib iaitu pulut mangga dengan olahan tersendiri selain menu autentik miang kham.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here