Selepas dikecam teruk, Mohamaddin salahkan BN

0
211
Datuk Mohamaddin Ketapi

CYBERJAYA – Selepas teruk dikecam oleh pelbagai pihak, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menunding jari ke arah Barisan Nasional (BN) yang gagal memantapkan aset sempadan negara sehingga berlaku kejadian pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Mohamaddin yang juga calon Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, sekiranya isu pendatang asing tanpa izin (PATI) diberikan keutamaan oleh kerajaan terdahulu, pencerobohan di Tanduo tidak akan berlaku.

Pada masa sama, Mohamaddin turut menjelaskan kenyataan yang dibuatnya ketika berkempen telah disalah erti.

“Saya tidak pernah sama sekali memperkecil apatah lagi menghina anggota keselamatan kita yang telah berjuang bermati-matian untuk menjaga kedaulatan negara daripada penceroboh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamaddin turut mendakwa penyebaran video itu sebagai taktik kotor untuk menjatuhkan maruah Parti Warisan.

Mohamaddin dalam kempennya mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu ‘sandiwara’.

Katanya, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here