Seorang guru wanita maut dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas tamat tempoh kuarantin

0
634
Arwah Nor Anisah

CYBERJAYA – Seorang guru wanita yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Lio Mato, Long San, Baram, Sarawak maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas dan jatuh ke dalam gaung, pada petang semalam.

Dalam kejadia itu, Nor Anisah Othman, 29, yang menaiki kenderaan bersama tiga yang lain maut di tempat kejadian manakala mangsa yang lain mengalami kecederaan ringan. 

Difahamkan, mangsa bersama seorang lagi guru yang berada dalam kenderaan tersebut dalam perjalanan balik ke sekolah selepas tamat tempoh kuarantin di sebuah hotel di Miri.

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa selepas terbabas dan jatuh dalam gaung

Ketika melalui sebuah jalan balak berhampiran kampung Long San kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux itu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung.

Jenazah tersebut kemudian dibawa ke Hospital Miri yang mengambil masa lebih 6 jam perjalanan dari kawasan kejadian berikutan lokasi nahas berlaku terletak jauh di pedalaman dan berhampiran sempadan Kalimantan, Indonesia.

Dalam pada itu, jenazah tersebut akan diterbangkan ke Pulau Pinang pada hari ini untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

“Jabatan ini kehilangan seorang pendidik yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here