Separuh kawasan terputus bekalan air dijangka pulih malam esok

0
85
Datuk Seri Amirudin Shari

CYBERJAYA – Gangguan bekalan air di beberapa kawasan yang terjejas di Lembah Klang dijangka pulih menjelang tengah malam esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh pemulihan itu keutamaan akan diberikan kepada pusat perubatan.

“Alhamdulillah, anggaran Air Selangor menjelang tengah malam esok, 50 peratus akaun di seluruh negeri akan pulih.

“Hospital dan pusat dialisis antara yang menjadi keutamaan saat ini supaya dalam tempoh pemulihan ini kesan gangguan air dapat diminimumkan,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Sejak kelmarin hampir 1.2 juta pemegang akaun air di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan berlakunya pencemaran air di Sungai Selangor yang berpunca daripada sebuah premis selenggara jentera berat.

Susulan itu, premis tersebut telah disita dan diminta menghentikan operasinya serta merta.

Pada masa sama, empat pemilik premis tersebut ditahan polis semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here