Siapa isi jawatan Ketua Menteri Sabah masih ‘misteri’

0
158
GRS meraikan kemenangan mereka dalam PRN Sabah semalam

KOTA KINABALU – Persoalan siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu terus ‘misteri’ apabila Istana Negeri Sabah memaklumkan tiada majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri akan diadakan pada hari ini.

Perkara itu disahkan dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook Jabatan Penyiaran Sabah pagi ini.

Kenyataan itu yang memetik kenyataan Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli memaklumkan bahawa setakat pukul 8.20 pagi tadi tiada majlis istiadat tersebut dibuat.

Semalam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) dewang Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan 38 kerusi.

Bagaimanapun, sehingga kini gabungan tersebut masih belum menamakan calon Ketua Menteri yang baharu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here