Sibuk dengan musuh angkasa lepas, Power Rangers tak lupa mengundi

0
254
Seorang lelaki berpakaian Power Rangers membuang undi pada Pilihan Raya di Sabah hari ini. Gambar media sosial

KOTA KINABALU – Orang ramai yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini dikejutkan dengan kelibat Power Rangers yang hadir membuang undi.

Gambar lelaki yang mengenakan pakaian salah seorang anggota kumpulan aksi figura yan tidak diketahui lokasi sebenar itu tular melalui media sosial tengahari tadi.

Gelagat mencuit hati hero kegemaran ramai itu dirakam semasa tiba di pusat mengundi dan dilihat terpaksa membuka topeng dan pelitup muka semasa membuat pengesahan identiti.

“Wallaweh, walau berkhidmat menyelamatkan negara daripada musuh angkasa lepas, tanggungjawab undi tetap tidak dilupa,” kata Mohd Riduan melalaui Facebook.

“Ranger tolong hentam rasuah menteri,” kata Daniel Teng.

“Terbaik, Dalam topeng Power Rangers tu dia masih pakai face mask,” kata Miguyq.

“Kesian, akhirnya terpaksa tunjuk muka,” kata Hairul Hapizi.

PRN diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 20 Julai lalu.

Pilihan raya yang merekodkan pendaftaran sebanyak 1.12 juta pengundi rakyat negeri itu merupakan pilihan raya ‘penentu’ kepada pentadbiran kerajaan negeri dan juga penetapan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Seorang lelaki berpakaian Power Rangers membuang undi pada Pilihan Raya di Sabah hari ini. Gambar media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here