SPAN mahu dakwa tauke kilang sebabkan pencemaran air mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air

0
405

Hampir 5 juta pengguna terjejas akibat pencemaran air yang berpunca daripada sebuah kilang menyelenggara jentera berat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang mempertimbang untuk menggunakan Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 terhadap pihak yang menyebabkan hampir lima juta pengguna air di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan.

Pengerusinya, Wan Hassan Mohd. Ramli berkata, akta tersebut memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau maksium 10 tahun penjara atau hukuman sebatan atau ketiga-tiganya sekali ke atas pencemar sumber air mentah di Sungai Gong.

“Melalui Akta 655, SPAN mempunyai hak untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak atau individu yang melakukan kesalahan berkaitan pembekalan air terawat dan perkhidmatan pembentungan termasuk isu pencemaran ke atas sumber air mentah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan membantu Kementerian Air dan Sumber Asli dalam mengambil tindakan segera dan memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku.

Sehubungan itu, katanya, SPAN akan menyerahkan kertas siasatan kepada pegawai pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, pihaknya sangat mengambil berat berkenaan isu tersebut yang telah membawa mudarat kepada kelangsungan bekalan air kepada pengguna.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here