SPRM lancar portal bahasa Mandarin

0
274
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini secara rasmi melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM.

“Dan agenda antirasuah di samping menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, katanya, portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here