Sukan Olimpik tetap akan dianjurkan tahun hadapan – PM Jepun

0
288
PM Jepun, Yoshihide Suga

CYBERJAYA – Jepun bertekad meneruskan penganjuran Sukan Olimpik pada tahun hadapan.

Menurut AFP, kenyataan tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri baharu Jepun, Yoshihide Suga ketika berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

“Pada musim panas tahun hadapan, Jepun bertekad untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik sebagai bukti bahawa kita berjaya menewaskan pandemik (Covid-19),” kata Suga.

“Saya akan terus berusaha untuk memastikan keselamatan (penganjuran) temasya ini,” katanya lagi.

Penganjuran temasya sukan yang dianjurkan sekali setiap empat tahun itu ditangguhkan ke tahun hadapan susulan penyebaran Covid-19.

Namun, banyak pihak mempersoalkan kewajaran penganjuran temasya ini kerana masih tiada tanda yang menunjukkan pandemik ini akan reda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here