Sultan Johor hadiahkan 10 Myvi kepada jururawat HSA

0
545
Sultan Ibrahim mengurniakan kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johro Bahru. Foto Sinar Harian.

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. 

Memetik laporan Sinar Harian, kurniaan itu adalah sebagai menzahirkan penghargaan atas khidmat mereka kepada baginda dan keluarga Diraja Johor.

Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda tuanku atas kurniaan ini.

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta keluarga Diraja Johor,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini.

Kereta berkenaan disampaikan dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn. Bhd. di Larkin di sini hari ini oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Dr Hassan.

Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kereta berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak tiga hari yang lalu.

“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here