Sultan Selangor berkenan beli trofi Kasut Emas Khalid Jamlus

0
576

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj  berkenan membeli trofi Kasut Emas milik pemain kebangsaan, Khalid Jamlus selepas beberapa kali gagal dalam cubaan menjualnya.

Pembelian pada nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak itu diumumkan melalui laman Facebook Selangor Royal Office hari ini dalam majlis yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang.

Trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid selepas menjadi penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana Satu 2002 itu sebelum ini pernah dibuka untuk bidaan namun tidak berjaya menemui pembeli yang ‘asli’.

Dalam lelongan di laman Facebooknya sebelum ini, Khalid pernah dihubungi beberapa individu yang menyatakan hasrat untuk membeli Kasut Emas tersebut termasuk seorang pembeli dari Australia.

Trofi yang mencecah nilai RM100,000 itu dibuka untuk bidaan pada Julai lalu bersama barang-barang seperti poster, jersi dan medal-medal yang pernah dimenangi beliau.

Tindakan jaguh bola sepak kelahiran Perak itu ‘melepaskan’ barang-barang yang mempunyai nilai sentimental itu dikatakan adalah untuk menyara kelangsungan hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here