
CYBERJAYA – Bintang aksi Hollywood, Dwayne Johnson mengumumkan dirinya disahkan positif Covid-19.
Johnson, yang lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ mengumumkan perkara tersebut menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, tadi.
“Keutamaan saya sekarang adalah melindungi keluarga saya.
“(Pada awalnya) Saya berharap hanya saya disahkan positif, tetapi satu keluarga saya turut disahkan positif, jadi ini sesuatu yang agak meresahkan,” kata Johnson.