Tikus dapat pingat emas, bantu kesan periuk api

0
265
Magawa menerima pingat emas yang setaraf pengormatan kepada orang awam di United Kingdom (UK).

CYBERJAYA – Seekor tikus pengesan dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi untuk haiwan kerana jasanya mengesan periuk api di Kemboja. 

Pingat yang dianugerahkan kepada tikus bernama Magawa itu adalah setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom (UK).

Pingat itu dianugerahkan kepada tikus gergasi baka Afrika berumur lima tahun oleh badan amal Britain People’s Dispensary for Sick Animals (PDSA). 

PDSA adalah badan amal untuk membantu haiwan yang cedera dan sakit milik golongan miskin.

Mengikut rekod, Magawa dilatih oleh organisasi Belanda, APOPO yang berpangkalan di Tanzania.

Organisasi berkenaan melatih haiwan untuk mengesan periuk api dan menunjukkan lokasinya kepada manusia.

Sepanjang ‘berkhidmat’ di Kemboja, Magawa berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 peledak yang tidak meletup.

Ia sekali gus membantu pihak berkuasa membersihkan kawasan seluas 141,000 meter persegi atau hampir 35 ekar (kira-kira 14 hektar).

“Ini menjadikan Magawa HeroRat (HeroTikus) paling berjaya serta APOPO sebagai organisasi yang melatihnya. Ia benar-benar unik dan luar biasa.

“Pingat Emas PDSA adalah setaraf anugerah George Cross Britain,” kata Ketua Pengarah PDSA, Jan McLoughlin seperti dilaporkan AFP.

Menurutnya, keberanian Magawa secara langsung menyelamatkan kehidupan ramai individu yang mungkin terkena jerangkap samar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here