Tindakan lebih tegas kepada pesalah cemar air

0
348

CYBERJAYA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air.

Ketua Dewan Pemuda Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang sejak semalam akibat pencemaran sisa itu menunjukkan pelaku langsung tidak mempedulikan peraturan dan tindakan undang-undang.

Shahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, tindakan yang tegas perlu dikuatkuasakan sebagai hukuman dan pengajaran supaya kesalahan yang sama tidak berulang.

“Akibatnya seramai 1.2 juta pemegang akaun air di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat menjadi mangsa.

“Siasatan awal mendapati punca pencemaran berpunca daripada kilang menyelenggara mesin dan jentera di Sungai Gong yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya tindakan yang lebih berat perlu diambil agar episod pencemaran sungai tidak berulang dan kelestarian alam semula jadi Selangor terus terpelihara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here