Tujuh kluster di Sabah, terbaharu Kluster Bangau-Bangau

0
215
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Sabah yang menjadikan bilangan kluster di negeri itu meningkat kepada tujuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan mengesan kluster Bangau-Bangau melalui ujian saringan kemasukan di Hospital Semporna.

Beliau berkata, sebanyak lima kes positif dikesan dalam klustert berkenaan iaitu kes ke 10,340 hingga 10,344 membabitkan empat rakyat tempatan dan seorang warga asing.

“Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, bagi kluster itu sebanyak 97 orang telah disaring dengan 92 masih belum diketahui keputusannya.

“Punca jangkitan masih belum diketahui manakala langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyahkuman dan pembersihan telah dilakukan,” katanya.

Mengenai perkembangan kes Covid-19 di negara ini, sebanyak 82 kes baharu dikesan sejak semalam membabitkan 72 kes tempatan dengan 49 daripadanya adalah warga negara.

Sabah merekodkan 60 kes baharu dengan 37 kes warganegara dan 23 kes bukan warganegara; Kedah (10) dan masing-masing satu kes di Selangor dan Sarawak.

Sementara itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan warganegara dikesan positif dalam jangkitan kes import manakala satu lagi di Sarawak (bukan warganegara).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here