[VIDEO] Bebimora sasar lahirkan ramai usahawan Muslim

0
470
INTAN MAZIAH

CYBERJAYA – Walaupun baru memasuki pasaran selama dua bulan, produk khusus penjagaan bayi, Bebimora semakin berjaya menarik keyakinan pelanggan di seluruh negara.

Menurut pengasasnya, Intan Maziah Ismail, keyakinan ini adalah berdasarkan jumlah jualan yang telah berjaya diperolehi setakat ini.

Bebimora kini di Malakat Mall

“Sebagai contoh, bagi barangan penjagaan bayi, setakat ini sebanyak 3,000 botol sudah terjual.

“Bagi Bebimora Dripants pula, yang baharu memasuki pasaran selama 14 hari, sebanyak 1,000 beg telah berjaya dijual,” kata Intan Maziah yang ditemui ketika pelancaran Bebimora di Malakat Mall di Cyberjaya, baru-baru ini.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, dan Ahli Lembaga Pengarah Calpihs Global (M) Sdn. Bhd., Azizan Attan.

Kata Intan Maziah, penjualan produk Bebimora adalah menerusi portal online, dan rangkaian stokis dan agen di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Menyorot kembali detik kelahiran jenama ini, kata Intan Maziah, Bebimora muncul daripada rasa tanggung jawab untuk menunaikan fardu kifayah dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki untuk menghasilkan produk bayi.

“Idea ini bermula pada September tahun lepas, diikuti dengan fasa kajian dan pekembangan produk, dan akhirnya berjaya disiapkan pada Mac.

“Namun, tempoh PKP membuatkan kami berhenti sekejap, dan bila tamat tempoh tersebut, kami terus mulakan pengedaran,” kata Intan Maziah lagi.

Antara produk yang dihasilkan di bawah jenama ini adalah Cecair Mandian Head to Toe, Losyen Badan, Minyak Telon Bayi, dan terbaharu, lampin pakai buang Bebimora Diapants.

“Sekarang, pelanggan sudah punya pilihan untuk bertukar ke jenama buatan usahawan BMF.

“Saya sarankan, cuba dahulu produk kami, dan rasai sendiri kualiti produk yang kami tawarkan.”

Selain menerusi rangkaian stokis dan agen, dan online, kini, pelanggan sudah boleh mula mendapatkan rangkaian produk Bebimora di Malakat Mall.

“Misi utama kami adalah untuk memasarkan Bebimora ke pasaraya BMF di seluruh negara, membangunkan wakil jualan, melahirkan ramai usahawan Muslim di seluruh negara dan menembusi pasaran ke 10 buah negara menjelang 2021,” tambah Intah Maziah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here