Video pembunuhan berlaku di Brazil, bukan pegawai PDRM

0
472

KUALA LUMPUR – Video pembunuhan kejam yang mengaitkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak benar sebaliknya menggunakan kes pembunuhan yang berlaku di Brazil.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, susulan penularan video berkenaan, anggota PDRM yang dikaitkan telah tampil membuat laporan polis di Shah Alam.

Beliau berkata, gambar pegawai yang digunakan dalam video tersebut telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Kejadian itu tidak benar dan pegawai itu sudah pun membuat laporan mengenai perkara tersebut. 

“Semakan kita juga mendapati pembunuhan kejam itu berlaku di Brazil, bukan di sini Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mior, siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Sebelum ini tular rakaman video seorang wanita yang diikat tangan serta kakinya dan dibunuh secara kejam menjadi tular dalam media sosial.

Mangsa pembunuhan itu didakwa sebagai pegawai PDRM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here