[VIDEO] Tikus pengesan periuk api terima anugerah emas PDSA

0
308
Magawa

CYBERJAYA – Seekor tikus yang dilatih untuk mengesan periuk api menerima pingat emas Anugerah Haiwan PDSA kerana kejayaannya melaksanakan tugas mengesan periuk api di Kemboja.

Memetik laporan Daily Mail, anugerah ini merupakan satu program bagi menghargai sumbangan haiwan terhadap manusia.

Magawa, seekor tikus baka Afrika, setakat ini telah berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 bahan letupan yang tidak meletup (UXO) di bekas negara bergolak tersebut.

VIDEO Animal and Pet World

Dari segi keluasan, Magawa telah mengesan kawasan seluas 141,000 meter persegi, bersamaan dengan 20 buah padang bola.

Magawa merupakan salah seekor tikus dalam Projek HeroRAT, yang dilatih oleh sebuah badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Belgium, APOPO, khusus untuk mengesan periuk api dan kehadiran batuk kering di dalam manusia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif APOPO, Christophe Cox, setiap tikus ini dilatih selama setahun sebelum ‘dibenarkan’ bertugas di lapangan.

“Tikus merupakan haiwan yang bijak dan lebih sesuai melakukan tugasan yang berulang-ulang daripada haiwan lain,” kata Cox.

Tikus-tikus di dalam projek ini dilatih untuk mengesan kompaun khusus dalam bahan letupan, dan tidak mempedulikan bahan besi yang bertaburan.

Ini merupakan satu kelebihan daripada cara biasa pengesanan yang memerlukan pengesan besi.

“Dengan seekor tikus HeroRAT, satu kawasan seluas padang tenis boleh diisytiharkan selamat hanya dalam masa 30 minit, berbanding menggunakan manusia dengan pengesan besi yang mengambil masa selama empat hari.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here