Waktu operasi premis makanan, kedai serbaneka di Selangor sehingga 2 pagi

0
345

CYBERJAYA – Waktu operasi bagi premis makanan dan kedai serbaneka di Selangor dilanjutkan sehingga 2 pagi selaras dengan kebenaran yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, kebenaran waktu perniagaan yang sebelum ini dihad setakat pukul 12 tengah malam dilanjutkan sehingga 2 pagi mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

“Para pengusaha dan pengunjung dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Pelanjutan waktu ini adalah usaha menangani dan memulihkan ekonomi. Namun pencegahan Covid-19 tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan pelanjutan waktiu operasi restoran dan kedai serbaneka di bawah PKPP yang dijadualkan berakhir 31 Disember tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here