Warisan akan tetap bela rakyat Sabah – Shafie Apdal

0
266
Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan menghalang Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk terus berkhidmat kepada rakyat Sabah.

Mohd. Shafie Apdal dalam kenyataannya di Facebook berkata, beliau dan seluruh barisan ahli dan kepimpinan parti Warisan akan terus bekerja dan berbakti kepada rakyat Sabah.

Menurut beliau, seluruh barisan pimpinan dan ahli Warisan Plus akan tetap memastikan nasib setiap rakyat negeri itu terus dibela dan dipertahankan.

“Sepanjang kita berjelajah ke seluruh negeri, sudah pasti keluhan dan perkara yang telah dikongsikan oleh rakyat Sabah yang saya kasihi kekal menjadi pendorong dan semangat saya,” katanya.

Parti Warisan yang menang 29 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam hilang kelayakan membentuk kerajaan negeri selepas tewas kepada GRS yang mendapat 38 kerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here