Yayasan Ikhlas, BPMB serah 12,500 set PPE kepada Kerajaan Negeri Sarawak

0
47
Majlis penyerahan PPE oleh Yayasan Ikhlas dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad kepada Prof. Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian dan Daud Jailani.

KUCHING – Yayasan Ikhlas dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini menyerahkan 12,500 untuk kegunaan petugas yang mengendalikan kes Covid-19 di Sarawak.

Penyerahan PPE oleh pertubuhan itu diterima oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Prof. Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak, Pejabat Ketua Menteri, Daud Jailani.

BPMB sebelum ini telah menyumbang sebanyak 5,000 set PPE kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menjadikan nilai keseluruhan sumbangan bernilai kira-kira RM700,000.

Menurut Yayasan Ikhlas, sumbangan itu menggunakan dana zakat daripada BPMB dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Yayasan Ikhlas menyeru individu atau mana-mana syarikat swasta bersama-sama menyumbang dalam usaha ini.

“Antara yang boleh kita sama-sama lakukan ialah menyumbang kepada projek penghasilan PPE Yayasan Ikhlas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 atau klik billplz.com/yayasanikhlasmalaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here