Zamsaham beli TRW RM6.8 juta

0
520

CYBERJAYA – Usahawan dari Johor, Norizam Tukiman sah menjadi pemilik baharu Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd. selepas melabur sebanyak RM6.8 juta.

Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu juga menceriakan pemain serta pegawai Kelantan yang menerima gaji mereka hari ini selepas sekian lama tertunggak. 

Norizam berkata, beliau yakin membeli Kelantan adalah keputusan tepat kerana pasukan itu mampu membawa pulangan yang menguntungkan.

“Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk memastikan kita selesaikan segala gaji pemain. Kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) selesaikan hutang.

“Indeks Prestasi Utama (KPI) yang saya letakkan adalah seri dianggap kalah dan kemenangan itu harus. Kita mahu pemain fokus dan jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik serta jangan hampakan peminat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Kota Bharu hari ini.

Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn. Bhd. yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here