Zamsaham mahu bina rangkaian hotel Muslim terbesar Malaysia

0
2241


CYBERJAYA- Usahawan dari Johor, Norizam Tukiman kini memasang impian untuk membina rangkaian hotel Muslim terbesar Malaysia.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, beliau menyasarkan untuk membuka sebanyak 220 hotel Muslim di seluruh negara.


“Jemput minum tuan-tuan, saya hari ini nak melawat lapan hotel lagi…ada lapab hotel yang ‘owner’ dah menyerah kalah. Industri hotel sedang parah.


“Mudahan dapat hotel harga ‘mur mur’…Hotel bajet tengah dikumpulkan untuk bina rangkaian hotel muslim terbesar Malaysia,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.


Menurut Norizam, semua kena bersatu bagi mengelak ‘OYO’ menghancurkan kualiti hotel di Malaysia.


“Harga murah tetapi hancur…hotel pelacur, ibu ayam duduk. Kotor ..katil ada pijat. Jadi, aku nak ubah benda ni..Biar hotel biasa, tetapi tidur selesa tanpa pijat,” katanya.


Baru-baru ini Norizam turut membuat kejutan dengan membeli sepenuhnya salam Kelantan FC untuk menjadi pemilik kelab berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here