Zamsahan cari hotel di Sarawak untuk dijadikan hotel patuh syariah

0
165
Zamsaham (dua dari kanan) melawat sebuah hotel di Sarawak untuk dijadikan hotel patuh syariah

CYBERJAYA – Usahawan dari Johor, Norizam Tukiman sedang mengintai hotel sedia ada di Sarawak untuk diambil alih bagi dijadikan hotel patuh syariah.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, oleh itu beliau sendiri telah merancang untuk melihat 18 hotel di negeri itu untuk diambil alih.

“Misi melengkapkan 220 hotel diteruskan. Ini hotel pertama di Sarawak yang dilawati untuk proses diambil alih.

“Ada lagi 18 hotel nak kena lawat di sini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang juga pemilik baharu Kelantan FC berkata, pengambil alihan itu bertujuan mewujudkan hotel patuh syariah tanpa maksiat, arak dan berzina.

Zamsaham sebelum ini meluahkan hasrat untuk membuka sebanyak 220 hotel Muslim atau patuh syariah di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here