1,097 kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya

0
150

CYBERJAYA – Kadar pemulihan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran pada Isnin lalu kini mencapai 87 peratus sehingga pukul 9 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak 1,097 (87 peratus) kawasan telah menerima semula bekalan air sepenuhnya daripada 1,292 kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Baki 195 kawasan masih dalam proses pemulihan dan pihaknya telah memaksimumkan usaha untuk mengembalikan bekalan kepada pengguna terjejas.

“Justeru sebanyak 195 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah terjejas. Peratusan pemulihan di Petaling adalah 97 peratus; Klang (54%); Gombak (73%); Kuala Lumpur (89%); Hulu Selangor (100%); Kuala Langat (50%); Kuala Langat (50%) dan Kuala Selangor (99.7 %),” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Elina berkata, bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here