13 peratus kawasan terjejas mula terima semula bekalan

0
142

CYBERJAYA – Air Selangor menggerakkan sebanyak 121 buah lori tangki untuk menyalurkan bekalan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan kawasan perumahan ekoran masalah gangguan bekalan air kali ini.

Dalam pada itu, sebanyak 162 daripada 1,292 kawasan (13 peratus) yang terjejas akibat gangguan air sejak semalam mula menerima bekalan setakat jam 9 pagi tadi.

Antara kawasan yang pulih termasuk di kawasan Petaling, Hulu Selangor, Klang, dan Kuala Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, sekitar 1,130 kawasan di wilayah yang terjejas dilaporkan masih berada dalam proses pemulihan bekalan air.

“Sehingga jam 9 pagi tadi, sejumlah 162 kawasan meliputi 13 peratus kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya,” menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran di Sungai Selangor.

Pencemaran tersebut menyebabkan penutupan empat loji iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here