Timbalan Menteri positif Covid-19

0
212
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Mohamad 


CYBERJAYA- Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas ujian kedua yang dilakukan pada Rabu lalu.

Ahmad Masrizal menjelaskan, ujian pertama yang dilakukan pada 23 September lalu di Kota Kinabalu ketika kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan keputusan negatif.

Bagaimanapun katanya, selepas keputusan kedua yang mendapati positif, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis dan kini berada dalam keadaan sihat.

“Sejak ujian pertama dilakukan, tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk.”Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swab sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, beliau telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.

“Cuma selepas keputusan kedua keluar dan positif, saya dibawa ke hospital untuk dirawat sehingga hari ini.

“Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman pandemik ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga, pergilah.

“Pengalaman saya tidak mempunyai sebarang simptom dan disahkan ada jangkitan menunjukkan bahawa 1,001 kemungkinan boleh berlaku. Mencegahdan berwaspada adalah lebih baik,” ujarnya.

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 287 kes dilaporkan semalam iaitu kes harian tertinggi dalam sejarah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here