Kota Belud kena ‘lock down’ bersyarat

0
223
Seluruh daerah Kota Belud dikenakan PKPB bersyarat berikutan penularan kes Covid-19

CYBERJAYA – Berkuat kuasa Selasa ini, seluruh kawasan di daerah Kota Belud, Sabah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan pertambahan kes Covid-19 di daerah itu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perintah tersebut akan dikuatkuasakan sehingga 26 Oktober ini.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti
pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan atau keperluan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, sektor ekonomi berkaitan perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan beroperasi.

Katanya, pasar borong, pasar tani, kedai barang keperluan, kedai runcit juga dibenarkan beroperasi.

“Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.

“Farmasi dan klinik juga dibenarkan beroperasi. Semua sekolah, tadika, institusi pengajian tinggi, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini.

“Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan. Sektor pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan perlu, perikanan, perladangan, pertanian turut dibenarkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here