3 suspek Macau Scam ditahan selama 21 hari

0
399
Antara suspek yang ditahan SPRM baru-baru ini. Gambar media sosial

CYBERJAYA – Tiga suspek yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disahkan ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 21 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua suspek itu ditahan dan disiasat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penganjuran judi atas talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kesemua tangkapan ini dibuat selepas mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Huzir turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kegiatan itu untuk menyalurkan maklumat sehingga kegiatan itu lumpuh.

Isnin lalu, pihak polis memberkas kesemua suspek tersebut di hadapan ibu pejabat SPRM berikutan terlibat dalam kegiatan Macau Scam.

Namun demikian, salah seorang suspek utama kes tersebut telah bertindak melarikan diri dengan melompat pagar SPRM.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here