ADUN Kota Damansara, isteri dan dua anak positif Covid-19

0
296
Shatiri (dua dari kiri) berkata sesuatu ketika tiba di klia2 baru-baru ini

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19.

Shatiri berkata, selain dirinya turut disahkan positif virus itu ialah isteri dan dua anaknya.

Menurutnya, beliau dan tujuh lagi individu daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Pada 30 September lalu, isteri saya menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dan disahkan positif Covid-19, sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Oleh kerana kami kontak rapat, kami dipanggil semula oleh PKD pada 2 Oktober lalu untuk menjalani semula ujian saringan dan hari ini, saya terima panggilan daripada PKD Petaling dan memaklumkan saya serta dua anak positif Covid-19,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Shatiri berkata, beliau dan dua anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, tiga lagi daripada kumpulannya yang disahkan negatif, kini menjalani kuarantin di rumah sehingga 16 Oktober ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here