Agong dan Permaisuri titah ucapan Maulidur Rasul

0
193
Hantaran ucapan Maulidur Rasul di Instagram Istana Negara.

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul melalui Instagram Istana Negara hari ini.

“Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.

“Mari lah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mashyar kelak.

“Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di Padang Mahsyar kelak,” menurut hantaran bergambar yang dimuat naik semalam itu.

Ucapan baginda itu diakhiri dengan ucapan “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here